Jumat, 21 Oktober 2011

Bangla Ini Cuba Songlap Duit Aku!

Salam semua

Baiklah, ini kisah aku minggu lepas sewaktu di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Aku harap korang berhati-hati lah ye... 

Sesampainya dari Johor, aku dengan akak aku lapar sangat. Jadi kiteorang pun decide nak makan kat food court TBS lah. Than, aku pun orderlah Set Pari+Sotong Bakar. Kat kedai paling hujung sebelah kanan tu. Nama kedai Sizzling & Claypot. Bangla yang jadi cashier ye. Aku tengok dekat menu tu, harga dia RM 8.90. Takde satu pun set yang harga RM 9.90. Harga set yang bawah dari RM 8.90 banyak. Tiba-tiba Bangla ni key in harga RM 9.90. Aku check balik harga aku, eh...betul RM 8.90. Tak kan ada tax kot? Aku pun terus lah tanya... 

Aku: Eh, apasal harga RM 9.90? Sini RM 8.90. Takde pun menu awak RM 9.90? *tak tau dia paham ke tak.*
Bangla: *tanpa tengok harga kat menu dan seperti dia pun dah jangka, terus dia tukar harga RM 8.90 sambil buat muka paiseh!*
Aku: Pandai-pandai je nak cilok seringgit. *dahlah tak mintak maaf pun. Terus aku bayar dan duduk tunggu. Bangla tu jeling dan buat muka kurang ajar! Aku pun apa lagi, SNAP lah gambar dia kan....Padan muka!*

Tuuu muncung lepas kena tegur! kehkehkeh

Hangin aku satu badan. Nasib baik akak aku tenangkan aku. Tu pun aku masih dok bebel-bebel. Suka hati dia je nak naikkan harga. Seringgit tu... Kalau seposen, ada maaflah kan. Langsung tak cakap sorry. Buat muka lagi ada lah. Sebab terang-terangan dia nak menipu. Makanan memang takde yang harga RM 9.90. Lepas tu, kalau betul dia tersalah, at least mesti dia check kat menu, untuk confirm kan harga. Tapi nampak dia macam plan nak tipu.  

Contoh macam makcik aku, dia belanja my whole big family around 30 orang makan. Makan dinner kat kedai seafood biasalah kan. Makan pakai set-set jugak. Bayangkan lah tiba-tiba bil datang, total cecah RM 700. Terkejut beruk semua orang kan. Than, beberapa makcik dan pakcik aku pergi dekat cashier (Orang Kelantan-Siam), suruh check balik semua. Harga yang dia letak tak masuk akal dengan portion hidangan wei. Last-last, lepas re-check. Cuma RM 300++ je. Korang nampak jauh beza. Punyalah nak untung cepat kan. Tauke kedai tu siap mintak maaf bersungguh-sungguh. Siap merayu-rayu supaya jangan hebohkan kes ni dekat kawasan sekitar. Tau takut.... Kalau ikut hati aku, dah lama dah panggil Karam Singh Walia. 

So, hati-hatilah ye. Lagi lagi yang order ramai-ramai atau banyak-banyak. Check satu-satu. Kalau tak clear, tanya. Jangan senang lenang je dia nak tipu dan makan hasil usaha kita. Aku pasti ramai yang dah kena kes macam ni kan? 


p/s: Memang ramai orang nak cepat kaya dan ambil kesempatan! Ceh. 





0 komentar:

Posting Komentar


Top