Senin, 31 Oktober 2011

Acuvue Advance Plus Percuma Dah Ditebus. Korang Nak Jugak?

As Salam



Dalam ENTRY INI aku ada promote kat korang pasal Contact Lens Percuma. Jadi, lepas aku balik dari Johor hari tu, aku pun pergilah redeem kat Focus Point Mid Valley. Barang Free haruslah amik cepat-cepat kan. Heheh.

Kat Focus Point tu, promoter dia baik sangat. Penuh minat terangkan kat aku pasal contact lens ni. Aku kan budak kampung, mana pandai pakai contact lens. Ni lah baru nak cuba. Itu pun free. Kalau nisbah nak beli sendiri, jangan harap lah! Bukan gebang ke apa, tapi aku takut sebenarnya nak guna lens ni. Kan macam -macam cerita ada. Yang lens terbakar masa kat bbq, yang lens masuk belakang mata, yang buta, yang itu, yang ini. Haish seram. Tapi nekad je lah amek promotion ni. 

So far, aku belum guna lagi. Tengoklah kalau keadaan memerlukan sangat-sangat aku akan guna. Tak beli apa solution bagai. Masih terfikir-fikir nak guna ke tak nak. Aku buat entry ni sekadar nak promote je benda free tu dan lagi satu pasal nak buktikan this promotion betul-betul wujud since hari tu ada yang tanya pasal kesahihan promotion ni. Kata orang, ada rezeki tak kan makan sorang! Ye tak? 


p/s: Lens ni colourless ye. Entry menarik berkaitan hukum memakai lens SILA KLIK SINI.





0 komentar:

Poskan Komentar


Top