Rabu, 03 Agustus 2011

MENCAPUB Bukan Cara Aku!

Salam semua

MENCAPUB. Tau tak anda apa itu makna mencapub? Setahu aku, mencapub adalah gabungan dua perkataan MENCAri PUblisiti. Ada orang kata, aku mencapub sebab gunakan nama-nama besar dalam entry aku kebelakangan ni. Tu semua katanya untuk tarik traffik ke blog aku. Hehehe... senyum simpul aku bila dengar macam tu. No.No. Aku tak mudah melatah. But, let me explain to that person.

Pernah tau tak macam mana rasanya bila jatuh cinta senyap-senyap dengan seseorang? Bila kita jatuh cinta, secara tak langsung kita mesti bagi hint kat orang yang kita suka tu kan. Contohnya daripada pandangan kita, body language kita. Dan.. daripada korang usha-usha tu, satu hari orang yang kau cintai tu bagi respon. Apa pulak perasaan kau? Mesti kau rasa happy gila kan. Kau mesti nak share berita gembira tu pada semua orang kalau boleh. Even, orang yang kau cinta tu hanya sekadar balas senyuman kau je.

Macam tulah dalam dunia blog.  Bila kita admire atau meminati seseorang yang juga diminati ramai orang, walaupun hanya sekali je dia datang kat blog korang atau blog korang dalam perhatian mereka, itu sudah cukup membanggakan. Malahan bagi blog picisan macam aku, perkara tu boleh dikategorikan "Sweet Memory der!". Sama macam artis pebret korang datang say hi pada korang than blah. Mestilah keterujaan tu meningkat. Lantas korang akan abadikan sweet moment tu dalam entry. Bukan untuk berlagak apatah lagi menumpang populariti. 

Jadi, berwaspadalah dalam menilai dan melabel entry seseorang. Jangan baru baca tajuk je terus kata "Ah, kau show off lah!" atau "Eleh, baru sorang artis datang jenguk dah gebang. Blog aku dah limaploh artis, rileks je. Tak de buat entry bagai pun!". Ah! Itu cara kau. Cara orang tak reti nak hargai orang lain. Tapi cara aku lain dan aku suka dengan cara aku sebab aku rasa, penghormatan kepada orang lain adalah perlu supaya diri kita juga dihormati. 


p/s: Bukankah hidup kita saling memerlukan? Takde orang boleh hidup sorang-sorang! Ignore.Small Matter.




0 komentar:

Poskan Komentar


Top