Sabtu, 20 Agustus 2011

Kepada Si Murtad, Nikmat Tuhan Aku Yang Mana Yang Kau Dustakan?

Salam semua



Aku masih pelik dengan manusia-manusia di luar sana yang bergelar Hamba Allah. Manusia yang telah ditetapkan kepadanya satu landasan menuju syurga. Sedangkan berjuta lagi manusia yang masih samar-samar mencari cahaya. Tapi dia yang telah dipersiapkan segala jalan dan landasan dan hanya perlu sedikit sahaja pengelokan malangnya tersasar... mengatakan landasan pada WRONG WAY sedangkan diri sendiri yang SOMETHING WRONG SOMEWHERE. 

Pada aku orang sebegini adalah orang yang frust dengan kegagalan diri sendiri. Macamlah takde jalan lain untuk menebus kegagalan tu. Macamlah dia sorang je yang pernah jatuh. Habis orang lain tak pernah gagal? Tak pernah menangis dan menyesal? Tapi kenapa masih boleh lagi bersyukur dan tersenyum. Tapi orang sebegini mengutuk, mengeji dan menyalahkan takdir. Mengata orang tak bertamadun dan mencerca Sang Pencipta. Itulah manusia yang tak reti bersyukur. 

Kau mengutuk dan mencerca Tuhan & Rasul aku, kau mencaci Pencipta aku, kau keji agama aku tapi sedar tak engkau bahawa yang kau pijak sekarang adalah bumi milik Tuhan aku, udara dan oksigen yang masuk ke paru-paru dan mengalir dalam badan kau adalah milik mutlak Pencipta aku dan nyawa yang menggerakkan otak, mata, lidah, telinga, kaki, tangan dan segala pancaindera kau yang mengutuk agama aku  adalah milik mutlak Tuhan aku, yang juga Tuhan kau satu masa dulu. Kau sedar atau tidak? Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan aku yang kau dustakan? Andai ditakdirkan hari ni nyawa kau dicabut dalam keadaan keingkaran kau, aku masih percaya Tuhan aku masih mahu menerima kau kerana Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang! Hanya kau yang sombong dan bongkak dengan-Nya sedangkan Dia terus melimpahkan nikmat dan rezeki buat kau dan seluruh ahli keluarga kau. 


p/s: aku jugak bukan Muslim yang sempurna tapi aku syukur dengan nikmat Islam yang diberikan-Nya. Sesungguhnya pintu taubat  masih terbuka...



0 komentar:

Poskan Komentar


Top