Rabu, 17 Agustus 2011

Kau Budak Kampung, Mana Tahu Fesyen!

Salam semua


Remaja dan fesyen memang tak dapat dipisahkan lagi. Kalau kita tengok hari ni ada pelbagai gaya dan cara berpakaian. Masing-masing cuba menginterpretasikan mood dan ekspresi yang tersendiri. Ada yang suka pakai seksi sebab mereka kata Malaysia kan Hot! Tak kurang juga yang berfesyen labuh-labuh. "Muslimah pun boleh bergaya apa!"kata mereka. Tapi ada juga yang...

BILA BERFESYEN, RASA DIA PALING HEBAT!!! 

Kisahnya begini, adik kepada kawan aku yang baru masuk ke salah sebuah matrikulasi tiba-tiba nak quit belajar. Sebagai kakak dia pun pelik sebab ye lah baru berapa bulan kan. Apa puncanya pun dia tak tahu. Sekali adik dia bercerita pada keluarga yang dia dipinggirkan oleh kawan-kawan sebiliknya gara-gara dia tak mengikuti fesyen dan menyebabkan dia tension belajar dan tak boleh duduk sebilik dengan mereka. Adik kawan aku tu lebih suka pakai baju kurung kalau ke kelas. Tak tahu melaram apatah lagi bersolek bagai. Malangnya, roomate yang lain menggilai fesyen yang ala-ala Yuna dan Hana Tajima. Adik kawan aku tu dikutuk sebagai 'Budak Kampungan' dan bila dalam bilik mereka tak pedulikan adik kawan aku ni. 

Aduhai, sedihnya aku dengar cerita macam ni. Masih ada lagi pemikiran kolot macam tu ye? Belajar pandai, tapi sivik tak ada. Dan bagi aku yang budak kampung ni, itu semua hak individu. Dia nak ikut fesyen atau tidak, terpulang. Asalkan dia tahu  menutup aurat dan tahu menghormati perasaan orang lain. Apa salah ke kalau tak reti pakai shawl? Terok ke kalau tak ada Hoodie Dress dalam koleksi? Burok ke kalau tak reti pakai turban? Hodoh ke kalau tak pakai Harem Pants? Tak cantik ke kalau takde studded boots? 

Pada semua yang HEBAT berfesyen, tolonglah jangan ada perangai macam tu ye. Korang lagi nampak buruk kalau berperangai seperti tu. Lebih baik korang hiaskan dulu hati dan peribadi barulah boleh bergaya melaram. Eh, aku ada je jumpa ramai orang yang taklah fashionable sangat tapi sangat menawan! 



0 komentar:

Posting Komentar


Top