Jumat, 12 Agustus 2011

Elakkan Tertipu Bila Shopping Raya! Ini Ada Tips Berguna.

Salam semua

Bila musim hari raya hampir tiba, mulalah juga aktiviti shopping kan? Itu memang dah jadi lumrah untuk rakyat Malaysia dalam membeli kelengkapan untuk berhari raya. Memang seronok bila dengar family nak shopping raya ni. Malahan, shopping-shopping mall dan kedai-kedai pun buat sale gila-gila. Katanya promosi sempena hari raya! *yerlah tu, kalau setakat turun harga sehinggit, bek tak yah kan!*. Bila shopping ni, kadang-kala boleh buat pengguna tertipu. Bawak duit berkoyan-koyan pun boleh tak cukup lah wei...Jadi, meh aku share sikit macam mana nak jadi pengguna bijak sempena shopping raya ni. Tapi sebelum tu, cuba kita perhatikan dulu tabiat berbelanja bagi kaum wanita dan kaum lelaki. 



TABIAT KAUM WANITA 

  • Pancaindera dipengaruhi.

  • Gemar kemudahan/keselesaan.

  • Yakin yang mahal bermutu tinggi.

  • Mudah dipedaya dengan muslihat.

  • Suka dibimbing buat keputusan.

  • Suka gaya hidup "mewah".

  • Suka memiliki barang berlainan.

  • Ikuti pembelian atas taraf.

  • Sukar tolak tawaran istimewa.

  • Baik dalam membuat perbandingan.



TABIAT KAUM LELAKI

  • Dipengaruhi rakan / imej.


  • Elak jualan besar/murah/sesak.

  • Cenderung beli di tempat sama.

  • Cepat, tidak suka cerewet.

  • Kurang tawar menawar.

  • Rasa pedaya - tukar kedai.

  • Cepat mengesan muslihat.

  • Tidak suka digesa membeli



TIPS UNTUK MENJADI PENGGUNA BIJAK SEMPENA HARI RAYA

1. BIJAK MENILAI PROMOSI




Betulke 40%? 
Musim hari raya ni, memang kebanyakan gedung membeli belah akan menawarkan harga runtuh. Kadang-kadang memang harganya tak masuk akal, murah. Tapi, jangan tertipu. Ada juga sesetengah peniaga yang menawarkan harga tipu kepada pelanggan. Harga yang kononnya sudah didiskaun tu sebenarnya merupakan harga asal barang tersebut. Harga yang sebelum potongan pula adalah rekaan semata-mata. Jadi sebenarnya, tiada potongan harga lah. Kes sebegini pernah aku baca dalam salah sebuah tabloid aduan pengguna terhadap SOGO. Jadi untuk elakkan kes macam ni, korang boleh survey harga barang tu beberapa minggu sebelum promosi hari raya. 


2. JANGAN TERTIPU BILA NAMPAK 'FREE'




Look. Perkataan FREE dibesarkan! 

Hal macam ni biasanya terjadi kepada kedai perabot. Tawarannya, bila pengguna beli barangan A, pengguna akan dapat barangan B, C dan D. Semua barangan free tu harganya merangkumi RM 200. Tapi bila pengguna beli, harga barangan yang percuma tu tak sampai pun RM 200 dan lebih malang barang tersebut tidak berkualiti seperti yang dijanjikan. Ada juga kes yang terjadi, barangan percuma tersebut telah kehabisan stok dan terpaksa ditukar kepada barang lain yang langsung jauh berbeza kualitinya. So, aku sarankan korang jangan mudah gelap mata bila nampak perkataan "FREE". 


3. AMALKAN MEMBACA & MEMAHAMI SYARAT / TERMA 





Baca lah T&C

Rakyat Malaysia ni satu yang aku perasan, sangat jarang untuk membaca apatah lagi memahami syarat dan terma yang telah ditetapkan. Tanpa kita sedari, kadang-kadang ada syarat yang 'memakan diri kita sendiri'. Contohnya, kita dah sign dalam borang tersebut, tapi kita tak baca salah satu syaratnya ialah "kerosakan barang semasa penghantaran adalah tanggungjawab pembeli dan barang tidak boleh dikembalikan". Sekali bila barang sampai, ada minor defect dan kita yang dah sign. Maknanya,  tak boleh nak buat apa-apalah sebabnya kita dah bersetuju bahawa kita bertanggungjawab terhadap kerosakan tu. See... tricky sangat kan? Jadi, aku nasihatkan pada pengguna tolonglah baca dan fahami segala terma dan syarat yang ditetapkan tu. Kalau boleh, baca satu per satu. Dari sebesar-besar huruf sampai sekecil-kecil huruf.  Kalau nampak macam tak faham, tanya pada peniaga tu. Sekiranya nampak syarat seperti berat sebelah, ada baiknya jika korang batalkan niat korang. Beli je kat kedai lain. 


4.  JANGAN MUDAH TERMAKAN PROVOKASI





Provokasi  dari promoter
Sebagai peniaga, mereka akan cuba sedaya upaya untuk menarik minat pengguna. Salah satu cara yang biasa digunakan adalah dengan memberikan provokasi kepada pengguna melalui promoter. *aku benci gila kalau promoter seolah-olah memaksa untuk membeli*. Kita kena strict sikit dengan promoter macam ni. Jangan mudah dipujuk dan dipsycho oleh promoter sebegini. Jika korang tergolong dalam golongan yang "CEPAT CAIR", aku nasihatkan korang jangan pergi shopping sendirian. Sebab bila kita sendirian, kadang-kadang keputusan kita akan dipengaruhi oleh promoter tersebut. 


5.  RAJIN BUAT SURVEY





Barang sama, harga lain
Perkara survey ni memang sangat penting. Korang kena rajinkan diri untuk pergi tinjau beberapa buah kedai yang mungkin menjual barangan yang sama tapi harga berlainan. Ini adalah supaya korang dapat elakkan diri daripada penindasan harga yang melampau. Kalau korang bijak menawar, cuba-cubalah tawar harga barang tu. Sebabnya, peniaga ni pun manusia. Boleh dipsycho. Jangan mudah percaya kalau dia kata "Kak, kedai lain jual lagi mahal dari saya kak!". No. Pegi tengok sendiri. Bandingkan harga dan kualiti. Memanglah agak penat sesi survey ni lagi-lagi bila tengah puasa kan, tapi kalau aku, aku sanggup je sebab tak nak menyesal di kemudian hari. 


Kesimpulannya, berbelanjalah dengan bijak. Jangan mudah terpedaya sebab duit kita adalah hak kita. Kita boleh elakkan penipuan dan penindasan kalau kita amalkan tips-tips yang banyak dah diberikan. Rasanya, tak rugi kalau kita jadi pengguna bijak. Banyak manfaatnya! Selamat Shopping Raya di Hujung Minggu ni... =) 




0 komentar:

Poskan Komentar


Top