Sabtu, 13 Agustus 2011

Dunia Blog Memang Sejengkal Cuma!

Salam semua

Selalu kita dengar orang kata "Dunia ni kecik je, pi mai pi mai tang tu jugak!", dan hari ni memang aku nak mengakuinya bahawa itu tepat. Apatah lagi bagi dunia bloging ni. Lagi lah sejengkal je besarnya. Jadi tak yah nak kerek sangatlah sesama blogger! *dunia blog hanya pinjaman, sekali blogspot delete baru tau!* 

Alkisahnya begini, tengah dok blogwalk dari satu blog ke satu blog, tiba-tiba aku tengok shoutbox ada  orang jemput aku ke blog dia. Bagi memenuhi jemputan, yes aku pergilah jengah kan. Sekali bila tengok header  blog ni...macam familiar lah budak ni kat mata aku. Alahai.... sekali anak sedara aku lah. Kehkehkeh! Dia adalah cucu arwah Mak Long aku sebelah ayah. Kiranya, ayah budak ni dengan aku sepupu. Sumpah beb, aku terkejut jugak. Bukan terkejut sebab apa, tapi happy sebab finally ada jugak real person yang aku kenal dan aktif berbloging ni. Maklumlah aku masuk dunia blog ni seorang diri. Bukan berkumpulan apatah lagi secara berpasangan. Kira lone ranger lah. Kadang-kadang tu, aku rasa boring sebab  semua kawan blog aku adalah secara virtual tak penah jumpa in-person. That's why masa aku jumpa Kak Chik dulu, fuh...berdebar uolls! 

Yang lebih menambah seronok, budak ni jugak bakal menjadi mahasiswi UM dan satu kolej dengan aku nanti. Kolej 11. Kehkehkeh. What a wonderful world kan. Walaupun kiteorang jarang jumpa,  but i think it is doesn't matter. Masa aku exam final yang lepas, dia jadi pengawas peperiksaan aku. Budak lepas STPM kan. Jadi part timer lah kat UM. Can you imagine, makcik exam, anak sedara jaga. Kehkehkeh. Bukan tu je, nak membuktikan lagi dunia ni kecik, rupa-rupanya kakak anak sedara aku ni berkawan baik dengan stalker terhebat aku *oops* iaitu Cik Puan Bunga. See. How small the world. Dia punya blog pun telah direnovate oleh CPB! Patutlah ada iras-iras. heheheh.... Sabar je lah. 

Rasanya, cukup dulu setakat ni cerita aku mengenai anak sedara aku ni. Nanti dia pulak lebih femes dari aku. Mana boleh lawan tokei....as usual, sapa ada kelapangan, ringanlah jari korang untuk KLIK SINI dan terus ke Blog ZAFIRA ZAKI



p/s: To Zafira, all the best during your Minggu Haluan Siswa. kehkehkeh *evil laugh*

0 komentar:

Poskan Komentar


Top