Jumat, 05 Agustus 2011

Dilema Wanita Di Bulan Ramadhan.

Salam semua

Dah hampir seminggu kita semua menjalani ibadah puasa. Di bulan puasa ni, satu dilema yang melanda hampir keseluruhan wanita di Malaysia terutamanya kaum ibu adalah "Nak masak ape lah ni yer?". Itulah persoalan yang biasanya dilontarkan kepada suami dan anak-anak. Tak terkecuali mak aku lah kan. Kalau dapat suami yang jenis boleh bincang, boleh lah dia bagi cadangan kat si isteri. Tapi kalau dapat suami yang "Masaklah apa awak suka. Awak masak kayu, saya makan kayu, awak masak batu, saya makan batu!" Haaa.. tak ke pening kepala isteri memikir juadah berbuka puasa. Ini jugak sebenarnya termasuk sebagai pendorong kepada stress bagi kaum wanita yang ramai ketahui, Malaysia di tangga ke-16. 



Mungkin ada yang berpendapat, kalau tak tahu nak masak apa, beli je kat pasar Ramadhan. Senang. Banyak pilihan. Sebenarnya, bukan tak nak beli lauk kat pasar Ramadhan, tapi kadang-kala lauk yang dijual tak tahan lama. Bila sampai waktu berbuka, tengok lauk tu dah basi. Sebabnya, lauk semalam yang dipanas-panaskan. Kita memang kena hati-hati dengan peniaga sebegini. Tak elok kot menipu pelanggan macam tu kan. 

Kedua, ada peniaga yang masak juadah makanan memang tak boleh kena dengan tekak kita. Dimaafkan lah kalau termasin atau termanis, tapi ni memang totally tak sedap. Kadang-kadang aku terfikir, macam manalah makcik ni meniaga, bila orang tak beli, kata ada orang lain 'tutup rezeki dia' tapi sebenarnya masakan dia yang tak sedap. Macam mana nak laku kan. Sabar je lah...

Ketiga, barang mentah hari ni semakin mahal. Jadi, secara tak langsung harga lauk-pauk juga meningkat. Kalau dulu, mungkin kita boleh beli lauk dengan harga RM 2 tapi sekarang, sikit je yang kita dapat dengan nilai tu kan. Memang tak berbaloi. Ayam seketul pun kadang sampai RM 3-4. Kalau dah satu family nak makan, tak kan beli 2 ketul je. Betul tak? 

Hai.... memang inilah dilema wanita di bulan Ramadhan. Belum lagi fikir waktu sahur nanti. Walau apa pun, memang tabik spring pada semua kaum ibu sebab handal di bulan puasa ni. Balik kerja, terus ke dapur siapkan juadah berbuka. Bangun seawal 4 pagi untuk bersahur dan terus uruskan rumah tangga. Semuanya, ikhlas demi keluarga tercinta! Jadi, pada suami dan anak-anak, bantulah mana yang perlu. Ringankan bebanan isteri dan kalau kita buat kerja rumah sama-sama lagi seronok sebenarnya kan. Cubalah masak sama-sama. Jangan ikutkan sangat letih di bulan puasa ni. Memang malas, satu kerja tak jalan. 


p/s: bagi aku, kiteorang suka beli kuih je kat pasar ramadhan....

0 komentar:

Posting Komentar


Top