Senin, 01 Agustus 2011

Bulan Ramadhan Bukan Sekadar Berhenti Makan & Minum Tapi....

Salam semua

Puasa bukan sekadar kita berhenti daripada makan, minum dan buat perkara-perkara yang membatalkan puasa yang lain malahan puasa juga boleh menjadi batu loncatan untuk kita berhenti banyak perkara lain. Aku tulis entry ni sebagai peringatan kepada diri aku *khususnya* dan semua yang lain *amnya. Maklumlah, kita hidup kena saling mengingati. 


1. BERHENTI MEROKOK


Ramai perokok di luar sana memberikan alasan bahawa mereka tak tau bagaimana cara terbaik untuk berhenti merokok. Maklumlah, kalau bulan-bulan biasa, dugaan untuk berhenti merokok memang melambung tinggi. Jadi, gunakanlah bulan Ramadhan sebagai wadah untuk berhenti merokok. Bila bulan puasa ni, perasaan malu mesti timbul dalam diri jika kita buat selamber je merokok di khalayak ramai. Malahan, orang-orang sekeliling seperti isteri, kawan-kawan atau mak ayah boleh ingatkan kita bahawa kita sedang berpuasa. Jika diamalkan, rasanya 30 hari sudah cukup untuk kita berhenti merokok. 



2. BERHENTI MENGUMPAT/MENGATA & MENABUR FITNAH


Bulan Ramadhan bulan yang suci. Perkara paling sukar untuk kita lentur adalah hati dan pada pandangan aku, bulan puasa ni lah merupakan bulan yang terbaik untuk kita berhenti daripada dosa-dosa mulut. Biasanya pekara ni ditujukan pada orang perempuan, dan aku memang mengaku hati perempuan sangat mudah berkata-kata. Gantikan kata-kata hati tu kepada zikir. Insya-Allah bermanfaat puasa kita. Lagipun kalau banyak sangat cakap, tekak keringlah! 



3. BERHENTI MEMBUKA AURAT


Yer, bagi mereka yang sebelum ni segan atau takut diperli jika memakai tudung dan menutup aurat, inilah masa yang terbaik untuk mulakan langkah tersebut. Di bulan Ramadhan ni, jika kita berhijrah, insya-Allah kita tak akan di perlekeh malahan didoakan lagi adalah. Dulu masa aku mula-mula pakai tudung masa usia 10 tahun pun, aku mulakan masa nak ke pasar ramadhan. Sebab rasa malu tak menutup aurat. Yerlah, orang tengah puasa kan. Alhamdulillah, berjaya diteruskan.  Moga-moga langkah yang kita ambil di bulan penuh barakah ni dapat diteruskan selamanya. 

Kesimpulannya, semua terletak pada nawaitu kita, ingat waktu bulan puasa syaitan dirantai kan. Insya-Allah jika niat kita betul, jalannya dipermudahkan. Gunakanlah bulan rahmat ini dengan sebaiknya. Ganjaran pahala menanti kita semua.


p/s: Yes, i am not perfect too. Saling mengingati. 



0 komentar:

Posting Komentar


Top