Jumat, 12 Agustus 2011

Bila Dah Berada Di Atas, Yang Di Bawah Tak Dipeduli Lagi Kan?

Salam semua


Mungkin gitulah lumrah bila orang dah berada di atas, yang dibawah tak dipeduli lagi. Asalkan matlamat dia tercapai sudahlah. Tak kira lah orang tu terasa hati atau tidak. Aku paling benci dengan orang yang sebegini. Dahlah memilih bulu, lepas tu bila berjanji tidak ditepati. Tahukah korang, jika seseorang telah berjanji maka dia adalah wajib untuk menunaikan janjinya. Memang betul, janji memang mudah diucapkan tapi berat untuk ditunaikan. Inilah yang berlaku pada salah sorang teman blogger aku. Sebelum ni dia merupakan blogger yang sangat aku kagumi sebab kepintarannya dalam pelajaran dan keberjayaannya dalam dunia bloging. Malangnya, dia gagal dalam menunaikan janji. Kata-kata je manis tapi hasilnya basi....

Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti dimintai pertanggungjawabannya.”                   (Al-Isra`: 34)

Pada aku, blogger ni perlu sedar akan kesilapannya. Bukanlah aku berharap sangat dengan apa yang dijanjikan, tapi sepatah kata orang bila kita dah memberi harapan pada seseorang, secara tak langsung orang tersebut akan menanti untuk harapannya tu menjadi kenyataan. Mungkin dia tak sedar kerana harapan dia  telah tercapai. Bukan tak pernah aku bertanya menerusi email. Tapi biasalah email dari blogger macam aku mana nak dilayan. Dan sekali lagi, alasan bagi seorang blogger hebat adalah :

"Maaf, ramai sangatlah orang yang berkunjung ke blog saya. Sehari sampai 10 000 orang, jadi maybe email awak saya dah terdelete." 


So, ingatlah kita tak kan berada di atas jika tiada yang dibawah menyokong. Jangan sesuka hati mengecewakan orang lain kerana hukum karma itu wujud dan tak mustahil akan berlaku pada diri sendiri suatu hari nanti. Maaflah ye awak, saya unfollow awak sebab rasanya awak kurang menghormati follower awak. Tapi rasanya bagi awak, takde hal lah kalau hilang follower barang sorang dua ni kan...


p/s: bukan aku sorang yang dia buat cam ni...ish...ish...ish... 




0 komentar:

Poskan Komentar


Top