Rabu, 27 Juli 2011

Tiba-Tiba Blog Aku Kena Serang Dengan Ramai Bloggers. Apa Kes?

Salam semua

Dua tiga hari ni, aku asyik terkujat sampai hampir tercirit rasanya tiap kali masuk blog sendiri. Bukan disebabkan serangan virus mahupun hacker *harap-harap dijauhkan* tapi melihat kepada kejutan-kejutan yang mula muncul pada blog aku sejak kebelakangan ni. What a lovely moment to remember kan...

Sesi perang aku dan Liyana Lunia dan adiknya memang bikin panas kat blog aku ni. Ditambah pulak dengan kemunculan taukeh ayam yang femes kat blog Coklateyes cukup membanggakan aku. Boleh dikatakan pencapaian terbaik lah walaupun berisiko tinggi namanya tu. Mana taknya, aku sengaja pergi serang Liyana Lunia. Apa ingat lepas serang boleh duduk rileks ke? Huiissh tak iye-iye boleh kena band blog aku ni. 

Dan terkini baru tadi beberapa jam yang lepas, satu lagi kejutan muncul. Macam biasalah lepas aku balik daripada therapy ayah aku, aku akan amalkan blogwalk yang memang dijamin baik untuk kesihatan blog kan.  Syok punya syok singgah blog orang lain, aku pun refresh lah page sendiri. Perggggggggh! tercekik aku  bila tengok blog sendiri masa tu. Sampai refresh banyak kali....mana tau, widget tu tingtong.



Oh! Seriously doploh semilan orang satu masa masuk blog aku. Macam tak percaya kot. Unbelivable. Aku pun tak tau kenapa boleh tiba-tiba trafik mencanak naik sekejap je. Padahal aku blogwalk cuma dalam 5-6 blog jer. Aku pun takutlah, kot-kot nanti orang kata aku pakai iframe kan. Oh, tidak. Aku bukan blogger murahan sebegitu yer. Usaha sendiri lah untuk tarik readers kan. Dan akhirnya, baru aku tau macam mana boleh dapat catat rekod 29 orang dalam satu masa tu.... *scroll downlah yang... 





















ITU SEMUA REZEKI LAH BEB! Alhamdulillah. Aku sangat happy dengan kehadiran semua yang sudi jenguk dan singgah blog aku. Thank you so much lah! Memang aku sayang korang lah 159 juta kali! 



p/s: tak menyombong pun dengan rekod ni sebab blog orang lain sampai beratus orang readers satu masa. 




0 komentar:

Posting Komentar


Top