Sabtu, 30 Juli 2011

Segmen : Kenangan Bulan Ramadhan. Sampai Pukul 11 Malam Ni Aje.

Salam semua

Esok kita dah start puasa kan? Cepatnya masa berlalu. Tahu-tahu dah nak raya dah. So, malam ni kita semua akan bersahur. Insya-Allah. Sahur ni banyak manfaatnya kan. Malahan bersahur sangat digalakkan dalam Islam sebagaimana pesanan Rasulullah S.A.W :

"Bersahurlah kerana di dalamnya terdapat berkat yang besar, dan lagi, terdapat keberkatan di dalam tiga perkara iaitu dalam jamaah, di dalam makanan 'tharid' dan bersahur. "

Bila tiba bulan Ramadhan ni, aku percaya setiap daripada kita mesti akan ada pengalaman yang seronok dan kita kenang-kenangkan. Lebih-lebih lagi ketika kita kecil. So, di kesempatan ni, aku ingat nak buat satu segmen yang simple je. Boleh? Aku nak kita semua kenang balik zaman kita puasa dulu-dulu. Mesti best kan. 


SEGMEN  : KENANGAN BULAN RAMADHAN


Syaratnya simple je :
  1. Segmen ni terbuka kepada semua blogger (tak kesalah follower @ bukan )
  2. Buat satu entry dengan tajuk "Kenangan Bulan Ramadhan"
  3. Letakkan banner  kat atas 
  4. Ceritakan pengalaman korang ketika bulan Ramadhan yang paling korang tak dapat lupakan *cth: terlepas waktu sahur, curi-curi makanan kat dapur,  main meriam buluh , time terawikh dll. 
  5. Tinggalkan link kat komen ni 
  6. Tarikh tutup : Tak mau lama-lama lah...  11 malam ni. (31 Julai 2011) *boleh aku blogwalk sementara tunggu sahur

Jadi, apa tunggu lagi. Kongsikan pengalaman menarik korang dengan aku dan semua kawan-kawan blogger. Supaya kita dapat memeriahkan lagi Bulan Ramadhan ni dan Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Semoga kita mendapat keberkatan Ramadhan. 




0 komentar:

Posting Komentar


Top