Kamis, 28 Juli 2011

Malu Sangatkah Kalah Perlawanan Bola Sepak Sampai Nak Tukar Warganegara?

Salam semua

Okeh, kita baru dapat result yang Malaysia gagal ke peringkat seterusnya setelah dikalahkan oleh Singapura sebentar tadi. Banyak ucapan tahniah pada KFCM dan Safee Sali. Ada juga yang mengkritik pedas. Biasalah tu, bila menang disanjung, kalah kena kutuk. Tipikal rakyat Malaysia kan. Dan dalam banyak update di FB, muncul satu status...



Oh, sampai begitu sekali hebatnya kekalahan Malaysia sebentar tadi. Eh, kamonlah budak. Dah nama pun game kan, mesti ada kalah dan menang. Hanya kerana benda kecik, kau sampai nak tukar warganegara. Kau nak negara mana? Singapura? Ello... dorang bermati-matian kot menyelamatkan maruah dan nama Malaysia. Macamlah memalukan sangat kalah match bola sepak je kot. Hadoi...

So, for my readers jangan berkelakuan begini ye. Cuba letakkan kita di tempat pemain-pemain Malaysia. Pelbagai tekanan yang mereka hadapi. Kita patut berikan sokongan moral dan berikan semangat supaya team kita bermain dengan lebih kemas dan tambahkan fokus. 


P/s: Post di FB, hati-hati. Banyak mata dan hati perlu dijaga. Perkara sebegini tak boleh buat main.

0 komentar:

Posting Komentar


Top