Kamis, 14 Juli 2011

I Need To Blog Myself Contest

Salam semua

Aku dah lama aim untuk join contest ni. Mana tau ada rezeki kan. Orang kata, kalau kita niat untuk membahagiakan hati orang lain, pasti jalannya dipermudahkan. Aku nak join "Contest Kalau Saya Dapat RM 300..."  * sebelum baca, bukak sound slow-slow & click play music ok! =)


Maka Tergurislah Sekeping Hati Ayah...

Dalam dunia ini, takde apa lagi yang lebih berharga selain ibu dan bapa kita. Setiap anak pasti memasang impian untuk membahagiakan mereka dengan apa cara sekalipun. Saya tau,  seorang mak dan ayah memang tak pandang nilai materealistik untuk menilai sejauh mana keikhlasan dan kasih sayang seorang anak. Malahan jasa dan pengorbanan mereka juga memang tak ternilai dengan wang ringgit.  Perhatian, penjagaan dan kasih sayang dari seorang anak kepada ibu bapanya sudah cukup buatkan hati mereka gembira. Lebih-lebih lagi ketika mereka sakit begini.  Namun, sekeping hati ayah telah terguris...


Kalau Saya Dapat RM 300, perkara pertama yang akan saya gunakan dengan duit tu adalah untuk membelikan sebiji kek Secret Recipe kepada ayah saya. Kalau di dengar mungkin tak masuk akal kan? Tapi itulah hakikatnya. Hari Bapa yang lepas, suasana di rumah saya sunyi tanpa apa-apa sambutan. Malahan, blog saya juga sunyi tanpa apa-apa update mengenai Hari Bapa. Bukannya saya tak nak untuk menulis mengenai Hari Bapa, tapi apakan daya...tiada apa-apa yang menarik yang saya boleh kongsikan bersama. Sedih, memang sedih tatkala melihat gambar orang lain sedang bergembira menyambut Hari Bapa. Ayah hanya menerima ucapan dari kakak dan adik sedangkan  saya yang dirumah, depan mata ayah langsung tiada hadiah dan kata-kata ucapan. Ayah kata, ayah teringin sangat nak makan kek Secret Recipe hari tu, tapi saya diam sahaja. Tak berkata apa. Maka tergurislah sekeping hati ayah dan  bukan itu niat saya....

Kata ayah, jika Hari Ibu, semua orang berlumba-lumba nak belikan hadiah, kek dan sebagainya tapi bila Hari Bapa semua orang lupa. Ayah diam dan bermasam muka. Aku tau, sekeping hati ayah telah terguris. Maafkan saya ayah, sekali lagi bukan itu niat saya...secara jujurnya, bila ayah diserang sakit sejak bulan Disember tahun lalu, sedikit sebanyak memberi kesan kepada keadaan ekonomi keluarga. Bukannya tak cukup makan, tapi duit yang ada perlu diguna dengan baik dan bijaksana. Dan ketika Hari Bapa itu, saya tiada satu sen pun untuk membeli hadiah, apatah lagi sebiji kek Secret Recipe kerana jika duit tersebut digunakan untuk terapi ayah, ayah boleh pergi terapi 3 kali. Bukankah lagi berbaloi? Dan ketika itu, maka tergurislah sekeping hati ayah. Bukan itu niat saya, ayah. Kalau boleh nak jer, saya ke bandar belikan sebiji kek dan buat ayah bahagia. Tapi saya tiada upaya...


Jika ditanya, tak kan duit PTPTN saya habis digunakan sampai tak mampu belikan ayah sebiji kek? Dan dengan jujurnya saya jawap. Yer, duit PTPTN saya telah habis digunakan. Saya gunakan untuk membayar bil-bil rumah dan membeli barang dapur. Saya tak kisah, jika saya hanya makan roti dan air milo di universiti, asalkan ayah ke terapi dan menjalani rawatan pemulihan. Gunakanlah duit gaji ayah sepenuhnya untuk rawatan perubatan tu,  dan hal-hal lain biarlah saya, akak, adik dan mak ikhiarkan. Kami tak kisah jika kami berikat perut, asalkan ayah sembuh seperti dahulu. Sebab, kami rindukan suasana bahagia keluarga kami. Kami nak ayah datang tengok kami masa Graduation Day nanti serta berbanggalah punyai puteri seperti kami. Sebab tu kami terpaksa biarkan sekeping hati ayah terguris di Hari Bapa kerana memang kami tak ada duit untuk belikan kek Secret Recipe itu. Sekali lagi, Bukan itu niat kami... tapi kami tiada upaya. 

Di hari Jumaat ni, 15 Julai 2011, saya menyertai contest ni dengan harapan dapat mengubat sekeping hati ayah yang terguris. Membahagiakan seorang insan yang selalu membahagiakan saya, memberikan saya senyuman dan harapan serta memberikan saya peluang hidup di muka bumi ini. Dan jika kek itu boleh membahagiakan ayah, saya akan usahakan..... maafkan saya kerana lambat untuk membahagiakan ayah. 


p/s: Berbaktilah pada ayah dan ibu sementara mereka masih ada...
Nak tag : Cikin@http://september-89.blogspot.com/

0 komentar:

Posting Komentar


Top