Kamis, 21 Juli 2011

Hati-Hati Dalam Meletak Widget Pada Blog

Salam semua



Macam-macam orang dengan pelbagai ragam. Tak lupa jugak dengan pelbagai minat dan kesukaan. Seperti biasa, aku rajinkan diri untuk berblogwalking. Pada aku blogwalking memang bagus. Selain boleh menyihatkan badan, *sihat ke kalau terbongkang je menghadap laptop*  kita juga dapat menambah kenalan.

Macam aku pernah bagitau dulu, aku benci blogwalk kat blog yang cam ni kan... tapi kali ni aku just nak share sikit pendapat aku lah atau maybe boleh dikatakan 'freindly reminder' maybe. Jangan prejudis pada entry aku ni tau, bukan belagak pandai atau hebat tapi sekadar berkongsi pengalaman dan ilmu. Mana yang baik korang ambil lah, mana yang korang rasa tak sesuai, jangan dibuang tapi dijadikan pedoman dalam dunia blog ni. 


Kalau boleh....

 JANGAN LETAK TERLALU BANYAK WIDGET DALAM BLOG

Relevannya, widget tu kalau tak disusun dengan baik hanya sekadar menyemakkan blog. Bila blog dah semak, agak sukar bagi readers untuk membaca entry-entry korang. Lagi-lagi jika ada widget yang bergerak-gerak. Pening jugak kepala kalau banyak sangat. Semua penjuru diletak widget. Kiri kanan penuh iklan churp-churp.  Kadang-kadang tu, ada widget yang tak klik pun dia terus keluar pop-up. Lecehlah kalau macam tu. Menggangu tumpuan untuk membaca. Bila banyak sangat gangguan, ini boleh menyebabkan readers tak gemar untuk masuk ke blog korang walaupun sebenarnya entry korang bermanfaat. Jadi, fikir-fikirkanlah ye.


p/s: tadi ada 5-6 blog, buat aku pening kepala dengan widget yang diletaknya. Agak berserabut dan memeningkan! - __*

0 komentar:

Posting Komentar


Top