Kamis, 21 Juli 2011

Geli Ah Dengar Suara Luahan Cinta Kat Radio!

Salam semua


Wei korang, korang penah dengar tak segmen kat radio yang malam-malam tu. Segmen luahan perasaan cinta tu. Aduh, menyampah lah aku dengar luahan hati yang gedik-gedik ni. Siap buat suara manja ala ala romantik kat radio. Buat bunyi muah-muah lagi. Hoi... kau bagi aku nightmare lah! Kalau kau nak luahkan perasaan cinta kau tu, kau call je lah terus laki kau tu. Jangan call radio! Buat orang nak muntah lah.

Lagi satu hal, ada jugak yang lebih berani buat pengakuan yang dia dah jatuh hati dengan lelaki lain sedangkan diri dah jadi bini orang. Apa punya jenis isteri lah kau ni. Tak malu ke kau buat pengakuan yang kau curang tu kat radio. Mungkin kau fikir, orang tak nampak muka kau jadi kau tak malu sangat tapi ingatlah dan malu lah pada Yang Maha Mencipta. Bertaubatlah. Jangan jadi isteri curang. Tak cium bau syurga tau.

Inilah yang dinamakan dunia akhir zaman, manusia semakin kurang sifat malu dan merasakan dosa itu sebagai satu perkara biasa. Nauzubillah. Semoga kita tidak tergolong diantara mereka.



p/s: yang telefon dan meluahkan perasaan adalah perempuan. adakah ini bermakna perempuan memang jiwang karat, tangkap leleh?

0 komentar:

Posting Komentar


Top