Selasa, 12 Juli 2011

Betulke Perempuan Berkulit Cerah Itu Cantik?

Salam semua



Kalau kita tengok pada produk kecantikan hari ni, rata-rata mesti akan sediakan produk untuk mendapatkan kulit yang cerah dan putih. Malahan, ramai perempuan sekarang yang mendambakan kulitnya cerah sedangkan pada hakikatnya kulit orang Asia adalah berwarna Light Brown. Kadang tu, make up putih-putih sampai jadi kelabu muka tapi leher dan tangan warna coklat. Ha kan pelik tu!!! 

Aku terfikir, apa sebabnya orang dok gila sangat nak kulit putih ni? Kulit coklat, light-light tanned gitu ok ape. Cun jugak? Adakah mereka yang berkulit gelap itu tak menawan? Tak cantik? Bukan kah bidalan Melayu ada menyebut "Hitam-hitam si tampuk manggis, walaupun hitam dipandang manis". Tak pernah pulak aku dengar bidalan mengenai orang yang berkulit cerah atau putih melepak ni. Korang ada dengar???

Kajian sains membuktikan bahawa mereka yang berkulit cerah mempunyai risiko 10 kali ganda lebih tinggi untuk dihidapi barah kulit akibat sinaran UV matahari berbanding mereka yang berkulit gelap. Faktor utamanya adalah kerana kekurangan melanin pada kulit yang berfungsi untuk menepis radiasi sinar UV. Juga untuk pengetahuan korang, jika di Barat, mat-mat dan minah-minah salleh yang putih melepak semua tu sangat menginginkan tona warna kulit orang Asia malahan mereka menganggap bahawa tona kulit orang Asia sebagai satu GIFT FROM GOD! Mereka sanggup berjemur di bawah terik matahari, pergi ke salon untuk tanned kan warna kulit semata-mata ingin melindungi diri daripada barah kulit. Tapi terbalik pulak halnya dengan orang kita yang sanggup buat apa sahaja asalkan kulit cerah dan putih. Hinggakan negara pernah dikejutkan dengan kosmetik yang menggelupaskan kulit dan menyebabkan lapisan kulit menipis dan menjadi merah macam udang dibakar.

Kesimpulannya, bersyukurlah dengan pemberian Allah dan sebaik-baik pemberian itu adalah satu nikmat yang tak terhingga. Tak guna kalau kulit je putih dan bersih tapi hati kotor. Lebih baik kalau kita putihkan hati dulu kan??? Tak kisah lah kita orang putih ke, hitam ke, yang penting kita orang Malaysia kan?

 *p/s : tak de kaitan dengan Bersih 2.0 & hati-hati memilih produk kecantikan.


0 komentar:

Posting Komentar


Top