Sabtu, 16 Juli 2011

Berpada-Pada Membenci Seseorang , Kelak Jadi Pasangan Hidup!

Salam semua

Korang pernah tak dengar orang-orang tua cakap, "jangan menyampah sangat dengan seseorang tu, nanti jadi laki kita!". Korang percaya tak bahawa cakap-cakap tu ada betulnya. Kalau difikirkan secara rasional, mana mungkin orang yang paling kita benci akan menjadi orang yang paling kita sayang. Tapi itulah kebenarannya. Itu semua nikmat dan rezeki yang Allah bagi pada kita. Perasaan benci bertukar sayang. Itu semua kurniaan-Nya. 



Kisah 1

Aku sendiri pernah mengalaminya. Tapi ni bukan kes cinta lah ye. Satu masa dulu, aku paling tak berkenan dengan Jehan Miskin. Pada aku dia ni pelakon poyo. Entah mana silapnya sampaikan bila kat TV aku nampak je muka dia, aku terus tukar channel lain. Tapi, masa berubah. Hati aku pun berubah. Aku mula menyukai watak Jehan Miskin dalam Awan Dania dan pada aku, watak Benjy sangat romantik sebab setia menyayangi Dania walaupun ditolak maknya. Hinggakan satu masa dulu aku pernah berharap dapat lelaki macam Benjy! Gitu korang. Adoi....


Kisah 2

Kisah yang ni paling best yang pernah aku dengar. Selalu kita dengar perempuan menyampah kat lelaki kan. Tapi kali ni terbalik. Lelaki menyampah kat perempuan. Senior aku dulu ni, memang cukup jaki dengan seorang perempuan ni. Dia selalu kutuk perempuan tu sampai cakap "lelaki malang je yang berkenan kat dia tu!" Aku pun tak tau apa puncanya senior aku ni menyampah sangat dengan perempuan tu. Aku tengok perempuan tu ok je. Tak kacau hidup dia pun. Kalau dah benci tu, kau cakaplah apa je, memang tak jalan. Haram. Macam-macam yang senior aku ni buat sampaikan satu masa tu, perempuan ni pernah menangis sebab kena kutuk depan-depan dalam kelas tutorial. Tapi, entah macam mana, satu hari tu agaknya Allah bagi taufik dan hidayah kat senior aku tu, tengah dia dok makan kat cafe... dia nampak perempuan tu beli makanan than perempuan tu nampak sekor anak kucing duduk bawah meja kelaparan. Perempuan tu bukak bekas makanan dia dan bagi sekor ikan goreng pada anak kucing tu. Start dari hari tu, senior aku tak kutuk-kutuk perempuan tu. Kiteorang pelik lah, apsal tiber berubah pulak senior aku ni kan. Sekali tup-tup dia kata dia dah jatuh cinta. Kiteorang terkejutlah. Katanya senior aku tu jiwa kental. Tak main jiwang-jiwang. Kiteorang tanyalah dengan sapa dia dah berkenan kan. Bila dia kata dengan perempuan tu, lagilah member-member dia menganjing gelakkan dia. Dia tak luahkan perasaan dia pada perempuan tu. Sampailah satu hari masa birthday perempuan tu, senyap-senyap dia bagi hadiah dan dalam kotak hadiah tu dia tulis "Dari Lelaki Malang Yang Dah Berkenan Pada Awak!" Fuhlamaaaaaaaaaaaaaaaak!!! Sweet tu....dan sekarang mereka tengah menghitung hari menanti kelahiran anak sulung mereka. Alhamdulillah. 

Begitulah hebatnya perasaan manusia. Sering berubah dan boleh dimanipulasi. Malahan kadang-kadang perasaan manusia itu sukar diramal. Setiap orang punyai perasaan yang berbeza. Apa yang perlu kita jaga ialah sensitiviti setiap orang. Jangan pukul rata semua orang adalah sama. Lagi-lagi bila kita bergurau. Mungkin tanpa kita sedari, perasaan orang tersentuh dan berkecil hati. Kesimpulannya, jangan terlalu membenci sesama manusia sebab nanti dia akan jadi orang yang paling kita sayang dan jangan terlalu menyayangi seseorang kerana tak terbanding kasih dan sayang Allah pada kita semua. Lagi satu, kita kena peka pada perasaan orang lain dan hormati perasaan mereka!


p/s: Boleh tak aku bencikan lelaki kaya & hensem? Mana tau jadi laki aku....untung badan!




0 komentar:

Posting Komentar


Top