Rabu, 27 Juli 2011

Anak Lelaki Lebih Berguna Daripada Anak Perempuan?

Salam semua

Kalau aku tulis entry ni, mungkin ada sesetengah pihak yang akan mengamuk kot. Masa mula-mula aku dapat tau cerita ni pun, berdesing jugak telinga aku. Cerita mengenai persepsi yang sangat skeptikal dan mungkin boleh aku katakan sebagai gender-bias oleh sesetengah kelompok masyarakat. 

Dua hari yang lepas, aku berkesempatan balik ke sekolah lama aku untuk satu sesi bersama budak form 6. Aku jumpa lah cikgu-cikgu lama aku. Than sorang cikgu ni ajak aku borak. Katanya ada cerita panas, wah hot gitew....

Cikgu: Fateen, adik beradik awak semua perempuan kan?
Aku: haa, yerlah semua perempuan. Kenapa cikgu?
Cikgu: Tu lah Fateen, anak-anak saya pun semua perempuan. Baya-baya awak jugak lah. Hari tu, ada sorang cikgu X ni baru dapat anak lelaki, dia kata kat saya "Kak, mesti akak tertekan kan   sebab tak dapat anak lelaki?" "Tertekan apasal pulak?" "Yerlah, anak lelaki ni kalau kita  sakit ke, dia panjang langkah. Boleh jadi ketua keluarga, boleh jaga kita, lindungi keluarga kita. Kalau anak perempuan ni kan semua bergantung pada mak dan ayah. Susah sikit kalau nak survive sendiri!".
Aku: Heheheh salah tanggapan cikgu X tu....
Cikgu : Geram saya bila dia cakap macam tu. Saya terus teringat kat awak. Awak tiga beradik, bila ayah awak sakit, boleh je survive. Sambung belajar lagi akak awak tu. Saya rasa takde masalah anak lelaki ke anak perempuan ke. Masing-masing ada lebih dan kurangnya. Anak perempuan ni mungkin kurang langkahnya tak macam lelaki, tapi cukup memahami. Saya  bangga dengan awak, Fateen. 
Aku: *kembang sat* saya tak pernah rasa takde abang tu sebagai satu masalah cikgu. Saya, akak dengan adik boleh setelkan semua masalah sepanjang ayah saya sakit ni. Dahlah, cikgu tak payah risau. Pada saya, pucuk pangkalnya bagaimana didikan mak dan ayah untuk membentuk anak lelaki dan anak perempuan tu supaya tahu berbakti pada orang tua.
Cikgu: Cikgu doakan awak berjaya dan ayah awak cepat sembuh.
Aku: Terima kasih cikgu. 


Haaa, apa perasaan korang? Menyesal adik beradik semua perempuan, atau adik beradik semua lelaki? No, please don't! Allah itu maha adil dan maha mengetahui. Setiap rezeki yang diberikan pada sepasang suami isteri tu mesti ada kelebihannya. Dia tahu yang terbaik untuk kita. Kita sebenarnya perlu ubah persepsi macam tu, yang kononnya anak lelaki lebih membantu dalam keluarga. Anak perempuan bila dah kawin, dah tak boleh  berbakti lagi. Memang betul, syurga seorang isteri bawah tapak kaki suami, tapi anak perempuan juga diwajibkan untuk berbakti pada kedua orang tuanya. Mereka juga syurga kita. Aku harap, cikgu X tu sedar bahawa persepsi dia salah. Setiap anak itu mesti ada baiknya. Ibu bapa yang mencorakkan mereka! dan pada anak-anak (kita semua lah yer), berbaktilah pada kedua orang tuamu, selagi nafas mereka masih ada.




p/s: Pada along & adik, love-u lah!






0 komentar:

Posting Komentar


Top