Senin, 18 Juli 2011

Aku Mengandung! Biar Betul???

Salam semua


As mentioned before, yesterday i'm sick! Cewah, speaking! Jadi aku pergilah jumpa doktor di Klinik 1Malaysia. Ni first time ni aku pergi klinik 1Malaysia. Disebabkan aku mabuk & sakit perut yang melampau aku mintak tolong sepupu lelaki aku untuk temankan. Yang bagusnya, Klinik 1Malaysia dibuka walaupun hari Ahad, dan yang tak berapa bagusnya, perkhidmatan sangatlah lembap sedangkan cuma aku soranglah patient yang ada. Nurse yang bertugas di bahagian pendaftaran sempat lagi sapu losyen kat tangan. Dia tak tau aku dah macam nak terkeluar usus ni. Biasalah kan....

Tiba-tiba nama aku dipanggil oleh nurse tadi. Dia tanya kat aku beberapa soalan :

Nurse : Alamat awak apa?
Aku : Alamat saya...bla...bla...bla...
Nurse : Umur?
Aku: 22 tahun
Nurse: Sakit apa?
Aku : Kalau dah tanya kat bahagian pendaftaran ni, baik tak payah jumpa doktor, jumpa nurse je! *dalam hati* Saya muntah-muntah, pening kepala dan....
Nurse : Awak mengandung kot?*sambil pandang aku semacam
Aku: WADEHAL!!!! Ape gila aku mengandung.... aku tampor jugak mulut nurse ni.*dalam hati* Eh, taklah... saya belum kahwin. Saya belajar lagi! *belum lagi aku habis cakap tadi. Baru nak cakap, aku buang-buang air. Kau dah menyampuk!*
Nurse: Abes tu sapa? *sambil tunjuk sepupu aku
Aku: Tu sepupu saya. *sesuka hati je makcik nurse ni, tuduh melulu

Mentang-mentanglah masa aku pergi klinik tu aku pakai jubah, bertemankan lelaki dan badan aku yang besar. Terus je dia kata aku mengandung. Hai lah makcik nurse. Nasib baik dah tua... dan nasib baik perut aku memulas-mulas. Kalau tak, boleh jadi aku pulas mulut dia. heheheh...

Moralnya : Don't judge a person by his/her attire, Waspada dengan mulut anda & Aku Masih Dara Oooi....

0 komentar:

Posting Komentar


Top