Selasa, 28 Juni 2011

Tips Untuk Anda Jadi Top : Bercakap Dengan Yakin Depan Audiens!

Salam semua

Aku sangat suka pada blog yang banyak share tutorial dan tips-tips berguna. Pada aku, perkongsian sebegini sangat-sangat membantu sesama kita semua untuk lebih berjaya dan maju dalam kehidupan. Dan aku juga akan rasa yang tidaklah seharian online itu satu pembaziran! So, boleh tak kalau aku nak share sedikit tips untuk korang semua? 

Aku bukanlah expert sangat bila bercakap di khalayak ramai tapi ni berdasarkan pengalaman aku je. Bukan nak riak apa pun, tapi nak share sesuatu yang aku rasa boleh membantu kawan-kawan aku semua. Aku harap jangan korang salah anggap tujuan aku ni ye. Sebab ramai orang sekarang sangat gugup bila disuruh bercakap di hadapan orang ramai sedangkan pada pandangan aku, kita patut asah skill tu... penting untuk masa depan contohnya bila kita nak present depan majikan, nak kena interview mahupun bila kita jadi wakil pelajar atau wakil rakyat nanti dan diminta berucap......heheheh. Jadi ni ada beberapa tips yang boleh dicuba sebelum korang bercakap di khalayak ramai. 

my work place

1. Buat Homework
Ini sangat penting. Sebelum kita nak bercakap atau buat presentation depan audiens, make sure kita buat homework dengan cara mengkaji latar belakang event serta audeins kita. Bila kita dah buat homework, maksudnya kita dah ada pengetahuan mengenai event tu. Contohnya  kita jadi pengacara untuk sesuatu majlis, kita kena pastikan apa tujuan  majlis tu. Siapa VIP yang dijemput dan macam mana perjalanan majlis tu. Kalau melibatkan event yang berprotokol, pastikan nama VVIP disebut dengan gelaran yang betul dan  disusun mengikut aturannya.  Jangan sekali-kali kita cuba untuk bercakap secara spontan melainkan kita dah benar-benar expert. Lagipun bila kita bersedia, secara tak langsung confident level kita akan meningkat dan menunjukkan kesungguhan kita.

2.  Practice Make Perfect

Jangan abaikan perkara ni tau. Sangat penting. Latihan akan membuatkan kita biasa dengan skrip yang kita nak cakap tu. Bila kita dah biasa dengan skrip tu, kita boleh hafal skrip tu lama-lama. Dan kita juga akan dapat detect kesalahan dalam skrip tu bila kita buat latihan. Dengan latihan tu jugak, kita boleh sesuaikan nada dan intonasi kita dalam persembahan. Bila persembahan smooth, confident akan naik jugak. Ada tips yang kata, kita boleh berlatih bercakap di hadapan cermin. Pada aku, tu semua ikut kesesuaian diri kita. Aku tak pernah bercakap depan cermin malahan aku sangat malu bila ahli keluarga aku tengok sesi latihan. Jadi cara aku, aku akan duduk dalam bilik. Kunci pintu dan berlatih lah satu hari suntuk!

3. Kimia

Kimia dalam bab ni merupakan kimia antara kita dan partner juga kimia antara kita dan audiens. Untuk jadi seorang presenter yang baik, hubungan sesama mereka yang terlibat sangat penting lebih-lebih dengan penonton. Dalam part ni, penggunaan eye contact dan body language boleh membantu. Macam aku, mula-mula dulu memang lah aku takut dan malu sangat nak tengok mata orang a.k.a audiens aku sebab aku takut terlupa teks, sikit tips nak bagi bila macam tu aku akan pandang dinding di bahagian belakang dewan tu. Jadi orang akan nampak seolah-olah kita pandang audiens. Tapi bila semakin hari confident dah ada, aku berani lah tenung mata sorang-sorang. Sampai juri pun aku tenung! hahahah....


4. Awasi pemakanan dan aktiviti sebelum berucap

Mengambil contoh diri aku sendiri, kebiasaannya beberapa hari sebelum aku bercakap di khalayak ramai, aku akan mengawal pemakanan aku. Aku tak akan ambil makanan yang terlalu berminyak, kekacang dan makanan yang terlalu pedas. Perkara ni boleh membantu aku untuk menjaga suara supaya tidak serak, tersekat-sekat mahupun takde suara langsung pada hari kejadian. Beberapa jam sebelum bercakap, aku tak galakkan sangat untuk makan terlalu kenyang. Sebab, bila kenyang tumpuan kita akan kurang dan dikhuatiri kalau kita sakit perut nanti. Malahan,  aktiviti kita juga perlu dikawal. Jangan buat aktiviti yang terlalu berat dan memenatkan. Bila kita penat, nafas kita akan tercungap-cungap dan menyukarkan kita untuk bercakap. Aku lebih suka ambil air kosong dan makan beberapa potong kuih sebagai alas perut dan penambah stamina. Terlalu kenyang tak boleh, terlalu lapar pun tak boleh. Biasanya, kalau pengacara majlis ni kan kena cakap straight sampai 2-3 jam majlis. 

p/s: aku tak pernah berpantang untuk tak minum ais. Bantai je... Alhamdulillah suara ok. Up to u ok!


5. Jangan panik

Tips ni sangat penting! Memang tak dinafikan, kadang-kala pasti ada kesilapan mahupun perubahan di saat-saat akhir tak pun, kita terlupa teks sendiri. Nasihat aku, cuba kurangkan panik korang. Jangan menggelabah tak tentu pasal. Dan sekiranya masalah tu memerlukan bantuan pihak lain, anda perlu sabar dan bercakap secara spontan kepada audiens. Tarik nafas panjang-panjang dan senyum kepada audiens. Jangan malu untuk memohon maaf sekiranya masalah itu menimbulkan ketidak selesaan kepada audiens dan cuba cari back up plan sebelum majlis bermula. Jangan terlalu bergantung pada tentatif program yang ada semata-mata. Kena kreatif sikit kan... Bila korang kurang panik, korang tak akan lari fokus dan darah gemuruh tak akan naik mendadak. Bila macam tu, Insya-Allah semua perkara akan berjalan lancar kembali.


Jadi, sekarang ni tak yah takut-takut lagi untuk berhadapan dengan audience. Bersemangat dan yakin pada diri sendiri. Peluang hanya datang sekali. Kalau kita tak pandai merebut peluang, nanti rugi. Korang patut berbangga jika korang terpilih untuk bercakap di khalayak ramai sebab bukan semua orang berani seperti korang! =)


emcee untuk Malam Apresiasi Gemilang Kolej 12 di KLIA  Pan Pacific




0 komentar:

Posting Komentar


Top