Selasa, 07 Juni 2011

Telur dan Pengantin : Apa signifikannya?

Salam semua

Dah baca entry aku yang semalam? Tips untuk jadi TOP LIST PILIHAN CALON MENANTU? Hari ni entry aku masih lagi dalam mood kahwin-kahwin. *macam dah nak dekat seru je kan??? ecececeh! Jangan gatal. Make sure jadi lawyer dulu*

Comel kan door gift cam ni. 
Back to our topic today, as usual bila kita pergi rumah orang kawen, kita mesti akan dapat goody bag kan? Aku tak taulah adat atau kebiasaan tempat lain. Tapi kalau di Johor ni, para tetamu mesti akan dibekalkan bungkusan nasi minyak atau orang jawa panggil bontrot...*not bont*t yer! Dan juga bersama-sama goody bag. Dalam goody bag tu akan diletakkan kerepek, kuih-kuih sikit, manisan ataupun gula-gula.

Tapi perasan atau tidak, masyarakat hari ini ada yang melupakan door gift paling utama sekali dalam sesebuah majlis perkahwinan. Apa dia??? TELUR! Yer, telur merupakan door gift utama sebenarnya untuk para tetamu. Bukannya tuala sapu tangan, bukannya lilin dalam cawan ataupun sebungkus jajan dan air kotak. Yang itu semua sekadar sampingan. 



Tahukah korang bahawa telur merupakan simbolik kepada keturunan dan zuriat? Sebab tu, orang dulu-dulu, kalau buat kenduri kahwin , mesti bagi para tetamu sorang sebijik telur rebus yang dibungkus dengan tisu. Supaya, setiap para tetamu yang datang mendoakan agar pasangan pengantin dikurniakan cahaya mata dan dapat menyambung keturunan. Haaa itukan matlamat sebenar perkahwinan... 

Korang penah jumpa zaman bagi telur cam ni tak?
credit ti amanio.blogspot *if i'm not mistaken. 

Ni zaman sekarang punya. Bajet lagi murah sebenarnya daripada beli barang yang lain tu. 

Pada pandangan aku, ada baiknya amalan ini diteruskan. Bukannya aku nak kata, kalau kita tak bagi telur maksudnya pengantin tu susah atau tak kan dapat anak.  Bukan begitu. Itu semua ketentuan dan rezeki Allah SWT.  Tapi kan lebih manis dan lebih cantik budaya Melayu kalau dikekalkan. Kalau korang perasan jugak, setiap kali mak atau ayah korang balik daripada kenduri kahwin mesti anak-anak yang kat rumah ni akan tanya "Mak, dapat telur?" Sebab apa? Sebab memang simbolik telur dan pengantin dari dulu hingga sekarang. Amalan ini rasanya tidak menyalahi atau melangkaui batas agama sebab kita tidak meletakkan kepercayaan pada telur tu cuma sebagai simbolik! 

Walau apa pun, semua tu terpulang pada pengantin dan keluarganya. Ikutlah kemampuan diri. Aku cuba memberi pendapat dan buah fikiran. Kalau boleh, jadikan telur sebagai door gift utama. Nak tambah door gift lain tak de hal lah. Dipersilakan. Lagi banyak, lagi aku suka! Cuma kalau boleh bagilah benda yang berfaedah sikit. Janganlah bagi sudu dengan garfu mainan! Boleh tengok je, last-last berhabuk gitu kan... sayang..


p/s: tak condemn mana-mana pengantin. cuma idea! =)

Alang-alan cerita pasal Telur, jom sedekahkan AL-FATIHAH kepada rakan blogger yang selalu hiburkan kita dengan entri-entri bestnya : TELOR DIBASUH, Abdul Hakim B. Mohd Kamal.






0 komentar:

Posting Komentar


Top