Kamis, 23 Juni 2011

Tak Habis Lagi Aku "Berbulu" Dengan Budak Bawah Umur!

Salam semua

Aku ni tak habis lagi "berbulu" dengan pasangan muda-mudi zaman sekarang. Rasanya, luahan perasaan dan nasihat dah pun aku bagi DALAM ENTRY BIKIN PANAS ni. Bukan apa, aku tengok dorang ni dah macam takde lagi perasaan malu dan segan silu dengan orang sekeliling. Apa dorang fikir dorang ada pakwe atau makwe yang "bajet hot" tu, semua orang nak pandang dia. Tolonglah......muntah aku tengok ni ha. Umur muda je lagi tu. Baju pun mak basuhkan, spender pun mak belikan... tapi dah gatal macam nak cepat dinikahkan. 

bangga dengan baju sekolah *google*
Semua ni gara-gara aku ternampak  "pasangan budak-budak hingusan" yang naik moto lalu depan rumah dua tiga kali malam tadi. Kebetulan masa tu aku nak kunci kereta dan kunci rumah. Aku tengok jam dah dekat pukul 1.30 pagi. Apalah yang dibuatnya merayau-rayau berduaan tengah-tengah malam gitu. Naik motor, bawak slow-slow. Kapit ketat-ketat. Sampai angin pun tak boleh lalu, lepas tu berhenti kat playground depan rumah aku ni duduk dalam gelap. Aiyooooo apa yang kau buat tu budak kecik???

Aku terfikir jugak, mak bapak budak-budak ni tak tahu ke anak dorang pegi mana malam-malam gini? Tak tanya ke anak keluar dengan sapa? Tak peduli ke anak buat apa kat luar rumah waktu macam ni? Aku geram dengan sikap sesetengah mak bapak yang tak kesah dengan anak dan terlalu mempercayai anak mereka. Takde langsung sifat curiga dalam hati tu. Kalau yer pun anak dah besar dan dah boleh jaga diri, tapi bukan boleh bagi 100% kepercayaan pada budak remaja. Remaja ni, makin besar makin lah kena waspada. Dunia hari ni dah berubah. Bukan macam zaman makcik pakcik dulu. Aku berani kata, budak-budak remaja zaman sekarang ni kalau bercinta atau bercouple, majoriti hanya suka-suka dan berlandaskan nafsu semata-mata. Bukannya niat betul-betul nak jadikan pasangan hidup. Ada juga remaja yang bangga dia tukar pasangan ni macam tukar baju. Bajet dia tu market sangatlah sebab satu pegi, seploh mari!!!

Nak masuk sekolah cam ni ke? 

Cukuplah adik-adik semua. Tak payahlah nak bercinta sampai macam tu sekali. Kalau belajar bagai nak rak takpe. Itu akak setuju sangat. Meluat lah dik bila tengok adik-adik berperangai macam tu. Pakai baju sekolah, keliling bandar peluk-peluk macam orang dah kawin. Apa benda semua tu? Sekali lagi, aku nak tekankan, aku bukan jeles ke hape dengan diorang ni. Tapi aku buat entry ni sebab aku percaya kalau perkara ni tak dibendung dan tak ditegur, mereka akan lebih menjadi. Penzinaan akan berlaku dimana-mana je. Bila dah macam tu, mulalah baby-baby yang tak berdosa jadi mangsa. 

Parents please...do your part

Mak bapak pun perlu peka dalam hal ni. Janganlah asyik sibuk kerja je sepanjang masa. Jenguk-jenguklah anak tu. Ambik pusing sikit aktiviti mereka. Janganlah letakkan kepercayaan 100% pada anak-anak. Sebab budak-budak ni perlukan tunjuk ajar dan panduan dari orang tua. Nasihatkan mereka mengenai buruk dan padahnya pergaulan bebas. Dekatkan diri dengan anak-anak remaja ni. Lagi satu, kalau boleh jagalah keharmonian rumah tangga. Jangan bertengkar depan anak-anak remaja sebab perkara ni hanya akan menimbulkan tekanan dan ketidakselesaan anak-anak duduk di rumah. Bila keadaan macam tu kerap berlaku, mulalah mereka cari keseronokan di luar rumah melalui kawan-kawan. Sebenarnya, kita semua bertanggungjawab pada masalah sosial ni. Sama-sama menegur dan ingat mengingati. Barulah kita semua boleh hidup aman sejahtera tanpa bala dan malapetaka. 



p/s: Yes, aku mengaku aku pun bukan macam malaikat baiknya, tapi at least aku mengingatkan sesama manusia. Nasihat ni pun buat diri aku jugak dan akak, abang semua ye! =)



0 komentar:

Posting Komentar


Top