Rabu, 15 Juni 2011

Aku Benci Blogwalk ke Blog Korang!

Salam semua

*jangan marah dulu sebab tajuk. Baca the whole entry~!

Lama tak update blog. Maklumlah tugas dan tanggungjawab aku sekarang bertambah lagi satu. Aku mula jadi driver untuk ayah aku sendiri. Alhamdulillah dia dah mula bekerja. Tapi masih lagi Lite Duty. Harap boleh doakan ayah aku kembali pulih sepenuhnya secepat mungkin. Lagi-lagi nak puasa ni kan. Harap dia boleh bersolat tarawikh seperti biasa. Insya-Allah. 




Back to our topic. Korang rajin tak blogwalk? Kalau rajin, bagus. Sangat bagus. Sebab blogwalk merupakan satu amalan mulia. Selain dapat berkunjung dan mencari idea untuk entry baru, dapat juga kita saling berkenalan. Macam-macam ragam. Macam-macam cerita. Suka aku baca dari satu blog ke satu blog. Tapi, sapa yang malas blogwalk rasanya korang patut cuba. Cara ni merupakan salah satu cara terbaik untuk promot blog korang. Haaa.... bila korang dah singgah rumah orang tu, jaga adab, jaga bahasa dan yang penting jangan sombong. Tegur-tegur lah kat shout box tu. Barulah tuan rumah boleh datang rumah kita semula kan. Berbalas kunjungan macam hari raya tu. 

Tapi, ada satu benda yang bikin aku geram dengan amalan blogwalk ni. Korang tau apa?? Aku geram dan sangat jeles tengok blog orang lain yang comel-comel  dan hebat belaka tu.*jeles yang positif tau.  Rasa nak gigit je satu-satu blog tu. Kemas, cantik, entry-entry yang berinfo. Kiranya memang complete sebagai sebuah blog idaman semua. Kadang-kadang tu terfikir, macam mana diorang boleh dapat idea berbloging dengan kreatif sebegitu ye. Hebat lah korang ni! Share dengan aku sikit, mana korang generate idea! hehehehe

Bila aku dah jumpa berduyun-duyun blog comel dan hebat, mula lah aku rasa blog aku tak seberapa. Mula otak jalan fikir nak tambah itu dan ini pada blog sendiri. Hahahaha....sabar je lah. Walaupun dah renovate sikit-sikit, aku masih lagi tak berpuas hati dengan blog sendiri. Haisssh apa punya tak bersyukur lah aku ni kan. Alamak...lupa pulak. Aku ada bad habit. Cepat boring! Teeeeettttt!!!! Hish, tak elok perangai ni. Kena buang cepat-cepat sebelum kahwin. Kang tak pasal je....

My point is syukurlah dengan apa yang aku ada. Tak elok sikap cemburu ni. Sikap sebegini jangan dilayan. Kalau dilayan boleh membawa keruntuhan. Apa yang orang lain lebih tu, itu rezeki dia. Kita yang tak ada, jangan nak cemburu-cemburu. Buat cara tak ada. Tapi berusaha untuk jadi seperti yang kita inginkan dengan cara yang baik. Tak mau jeles-jeles yang negatif ni ye! Dunia blog ni ciput je... kalau bukan kita yang happeningkan dunia blog siapa lagi kan??? 

p/s: Tajuk tu saja bagi letap letup sikit! hahahaha..propa lebih!

0 komentar:

Posting Komentar


Top